Perutusan Setiausha Tetap Kementerian Pertanian Dan Perikanan Sabah

Y.Bhg. Datuk Dr.Mariana Tinggal

Selamat datang ke laman web Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAF).


Masa berlalu dengan pantas sekali. Sepanjang tahun 2019, tentunya banyak peristiwa manis dan mungkin pahit yang telah dilalui. Pastinya semua peristiwa tersebut akan menjadi pengalaman yang mematangkan dan menjadikan kita lebih kuat menghadapi cabaran.


Tahun 2020 adalah peluang dan kesempatan baru untuk mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi. MAF telahpun merangka hala tuju dan strategi pembangunan sektor pertanian melalui Sabah Agriculture Blueprint 2021-2030. MAF dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi di bawahnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan sektor pertanian terus maju dan dinamik.


Seiring dengan perkembangan digital dalam era Industrial Revolution 4.0 (IR4), sektor pertanian perlu bergerak seiring ke arah pertanian moden dan berteknologi tinggi. Maka dengan itu, semua pemain dalam sektor ini perlu melangkah ke arah IR4.


Terima kasih kerana melawat laman web MAFI. Selamat maju jaya dan sukses!


Y.Bhg. Datuk Dr.Mariana Tinggal

Setiausaha Tetap

Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah